Sponsors
Jumat, 31 Januari 2014
Gabungan Tukar MB Pahang desak Adnan Yaakob letak jawatan
Gabungan TUKAR MB Pahang (TUKAR) mendesak Menteri Besar Pahang Dato’ Seri Adnan Yaakob yang seringkali berhujah kasar dan menghina orang ramai untuk meletak jawatan.
Dalam himpunan aman yang dianjurkan oleh Jaringan Orang Asal Semalaysia (JOAS) di depan Wisma Sri Pahang pada dua hari yang lepas, pertuturan Adnan Yaakob yang kasar bukan sahaja menghina kumpulam Orang Asal di Malaysia, malahan tidak menghormati rakyat di seluruh Malaysia.
Dalam perjumpaan dengan Orang Asal pada pagi tersebut, Adnan Yaakob mencabar salah seorang orang asal yang mempertikaikan sama ada beliau dapat menyelesaikan Isu Orang Asal untuk keluar bergaduh. “Nak baik boleh, nak keras boleh. Kalau nak keras mari keluar dua-dua.”
Disamping bertindak kasar dengan rakyat Pahang, Adnan Yaakob juga mengeluarkan ayat-ayat kasar yang menghina seperti “awak ingat kawan ini peram telur ke?”, “Bangang” dan “Bodoh”.
Yang paling melampau ialah ayat “awak ingat dapat anak seorang cucuk sekalikah? BODOH!” yang jelas menghina kaum wanita.
Lee Chean Chung
Penyelaras
Gabungan Tukar MB Pahang
Short URL: http://www.keadilandaily.com
Dalam himpunan aman yang dianjurkan oleh Jaringan Orang Asal Semalaysia (JOAS) di depan Wisma Sri Pahang pada dua hari yang lepas, pertuturan Adnan Yaakob yang kasar bukan sahaja menghina kumpulam Orang Asal di Malaysia, malahan tidak menghormati rakyat di seluruh Malaysia.
Dalam perjumpaan dengan Orang Asal pada pagi tersebut, Adnan Yaakob mencabar salah seorang orang asal yang mempertikaikan sama ada beliau dapat menyelesaikan Isu Orang Asal untuk keluar bergaduh. “Nak baik boleh, nak keras boleh. Kalau nak keras mari keluar dua-dua.”
Disamping bertindak kasar dengan rakyat Pahang, Adnan Yaakob juga mengeluarkan ayat-ayat kasar yang menghina seperti “awak ingat kawan ini peram telur ke?”, “Bangang” dan “Bodoh”.
Yang paling melampau ialah ayat “awak ingat dapat anak seorang cucuk sekalikah? BODOH!” yang jelas menghina kaum wanita.
seterusnya di sini
Lee Chean Chung
Penyelaras
Gabungan Tukar MB Pahang
Short URL: http://www.keadilandaily.com
Kamis, 30 Januari 2014
Pencerobohan Lahad Datu bakar semangat patriotik
.jpg)
KUALA LUMPUR - Hari Kemerdekaan Ke-56 pada 31 Ogos ini akan disambut dengan penuh semangat patriotik bagi penduduk Sabah yang pernah digemparkan peristiwa pencerobohan pengganas dari Selatan Filipina di Lahad Datu, 12 Februari lalu.
Peristiwa pencerobohan pengganas itu menjadi iktibar kepada rakyat negeri itu tentang pentingnya perpaduan, semangat patriotik dan mempertahan kedaulatan negara daripada ancaman anasir luar.
Sunardy Sofian, 33, dari Tawau, menganggap sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana peristiwa pencerobohan pengganas itu membangkitkan semangat patriotik yang lebih kuat bagi individu sepertinya.
"Peristiwa hitam yang berlaku di Lahad Datu itu telah membuka mata dan minda saya tentang pentingnya kemerdekaan dan kita perlu bersatu padu untuk mengekalkan keamanan yang kita alami," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata peristiwa itu perlu menjadi pengajaran kepada orang ramai kerana tanpa pengorbanan dan perpaduan, negara tidak akan aman seperti sekarang.
Dency Guput, 45, dari Semporna, pula berkata setiap sambutan Hari Kemerdekaan membangkitkan semangat kemerdekaan yang unik seperti juga 56 tahun lalu iaitu ketika pertama kali negara ini mendapat kemerdekaan.
"Mungkin suasana pada masa itu jauh berbeza berbanding sekarang namun saya menganggap ia sama kerana peristiwa pencerobohan di Lahad Datu itu telah membangkitkan semangat patriotik terutama kami yang menetap di sekitar kawasan kejadian pencerobohan itu.
"Saya sangat bangga dengan semangat dan keberanian anggota keselamatan negara kita yang sanggup menggadai nyawa untuk semua rakyat Malaysia dan kita perlu menghargai segala pengorbanan itu," katanya.
Beliau berkata dengan adanya semangat dan pengorbanan anggota keselamatan, negara sentiasa aman, damai dan bebas daripada gangguan anasir luar yang boleh menggugat keharmonian dan kedaulatan Malaysia.
"Oleh itu untuk menghargai keamanan yang selama ini kita nikmati, kita perlulah tunjukkan semangat patriotik seperti semangat yang ditunjukkan oleh anggota keselamatan semasa bertugas mempertahan negara daripada diceroboh seperti yang berlaku di Lahad Datu itu.
Menurut Mohd Jefry Lukas, 25, dari Sandakan, Hari Kemerdekaan tahun ini walaupun tiada kelainan dari segi sambutan, namun semangat patriotik jauh berbeza bagi dirinya selepas peristiwa pencerobohan di Lahad Datu yang terletak kira-kira 270 kilometer dari pusat bandar Sandakan.
"Peristiwa itu mengajar saya bahawa keamanan di sesebuah negara sangat penting dan keamanan ini perlu kita jaga.
"Sikap patriotik bukan ditunjukkan dengan hanya memasang Jalur Gemilang tetapi dengan sikap setiakawan warganegara seperti turut serta dalam pelbagai program yang berkaitan dengan perpaduan dan mempertahan negara," katanya yang merupakan seorang anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Peristiwa pencerobohan pengganas di Lahad Datu itu mengorbankan 10 anggota keselamatan iaitu lapan anggota polis dan dua anggota tentera.
Semasa insiden itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan Operasi Daulat bermula 5 Mac setelah rundingan selama sebulan bagi menghantar pulang pengganas itu, yang menceroboh Kampung Tanduo, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu sejak 12 Feb, menemui jalan buntu.
Kejayaan gerakan ofensif operasi itu menyaksikan 68 pengganas ditembak mati dan 173 orang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 lagi atas pelbagai kesalahan lain.
Operasi Daulat tamat selepas kerajaan menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (Esscom), yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri itu, mulai 29 Mac lepas serentak dengan penguatkuasaan Kawasan Keselamatan Timur Sabah (Esszone) demi menjamin keselamatan dan keamanan rakyat Sabah serta kedaulatan negara. - Bernama
Rabu, 01 Januari 2014
Di Badan Ketam Ini Di Temui Wajah Osama Bin Laden

Satu penemuan pelik ditemui di Amerika Syarikat di Hat Island. Sebuah keluarga menemui ketam yang badannya ada wajah Osama bin Laden.
Berita ini masih hangat di perkatakan masyarakat di sana, kisahnya bermula ketika keluarga Canfield sedang berlayar di perairan Hat Island, mengumpulkan ketam laut. Setelah penangkapan selesai, mereka mengasingkan dan melepaskan kembali ketam-ketam betina - di wilayah ini terdapat peraturan melarang menangkap ketam betina kerana ketam betina diperlukan untuk pembiakan yang seterusnya
.
Sambil memilih ketam, salah seorang anggota keluarga memegang handy cam dan memfilemkan aktiviti tersebut.Masa pengasingan ketam keluarga Canfield terus berlalu dan kembali pulang ke rumah. Ketika inilah, mereka memainkan kembali filem yang dibuat selama pengasingan ketam.
Betapa terkejutnya ketika menyedari ada yang pelik pada salah satu gambar video.Berita ini disebarkan oleh Chris Sullivan, Seorang pemberita Radio Kiro FM 97,3. Ia bersumpah kisah ini bukan pembohongan, Sayangnya kita tidak dapat melihat video ini di internet atas sebab-sebab tertentu.
SUMBER
Langganan:
Komentar (Atom)